Sunday, February 7, 2016

TIP UNTUK REMPAH TAHAN LAMA



Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. (Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.)

Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.

Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap

Memanggang rempah adalah 1 lg cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Erm, nak panggang macammana?… sangai sahaja rempah2 tersebut atas kuali kering. selain tahan labih lama, rempah-rempah yang disangai/panggang akan lebih sedap rasanya & wangi aromanya.

Kalau peket rempah tu dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan didlm bekas yg bersih & diletakkan didalam peti ais. kalau simpan kat luar, mmg x tahan & akan cepat hilang aroma.

Klik sini untuk keterangan lanjut

No comments:

Post a Comment