Rempah merupakan penambah perasa dalam sesuatu makanan. Ketiadaan atau kekurangan rempah dalam satu masakan boleh menyebabkan rasanya pincang. Bukan itu sahaja, menggunakan rempah yang sudah berkurangan kualiti kerana cara penyimpanan yang salah dan sudah sampai tarikh luput turut memberi kesan kepada rasa masakan. Disini terdapat beberapa cara agar rempah lebih tahan lama disamping memelihara kesegarannya.
1. Simpan Didalam Bekas Kedap Udara
Tidak kiralah jika anda memberi rempah didalam bentuk serbuk atau dalam bentuknya yang asli pastikan anda menyimpannya didalam bekas kedap udara sebaik sahaja ianya sudah dibuka dari pek.
2. Elakkan Membuka Bekas Dengan Lebih Kerap
Bajet berapa kerapkah anda menggunakan rempah terbabit. Jika anda membeli rempah didalam bentuk serbuk dalam kuantiti yang besar, simpan didalam dua bekas iaitu bekas kecil dan bekas besar. Usahakan untuk membuka bekas besar seperti dalam dua minggu sekali.
3. Elakkan Rempah Terkena Cahaya
Walaupun rempah sangat ideal disimpan didalam tempat yang kering, elakkan rempah terkena cahaya dengan terlalu kerap. Kerana ianya boleh menghilangkan bau, mengubah warna dan menghilangkan rasa asli rempah.
4. Jauhkan Rempah Dari Benda Panas
Selain cahaya, elakkan menyimpan rempah bersebelahan peralatan yang panas seperti oven, dapur gas dan microwave.
5. Simpan Didalam Peti Ais
Cara ini amat sesuai jika anda membeli rempah seperti serbuk cili dan paprika. Simpan didalam peti ais dapat membuatkan serbuk cili dan paprika mengekalkan warnanya dan kesegaran rasanya.
6. Simpan Didalam Freezer
Bagi rempah yang sudah diproses dalam bentuk serbuk. Simpankan ke dalam bekas kedap udara kemudian simpankan ke dalam freezer (sejuk beku). Walaupun freezer adalah tempat yang dingin, tetapi ianya kering dan sesuai untuk menyimpan rempah yang sudah dikisar atau dalam bentuk serbuk yang sudah disimpan dalam bekas kedap udara.
7. Simpan Ditempat Gelap
Simpan didalam tempat gelap dan jauh dari cahaya seperti didalam almari dan laci juga boleh. Asalkan ianya kering dan tidak lembap.
8. Kisar Rempah Sendiri
Rempah didalam bentuk sebenar lebih tahan lama dari segi bau dan rasa. Usahakan untuk mengisar rempah sendiri daripada membeli dalam bentuk serbuk jika mahukan rempah kekal tahan lama.
9. Jauhkan Dari Tempat Yang Lembap
Elakkan rempah-rempah terdedah ditempat-tempat yang lembap seperti berdekatan dengan sink dan mesin basuh pinggan.
10. Ambil Rempah Dengan Peralatan Yang Kering
Elakkan mengambil rempah dengan sudu yang basah. Hadirnya lembapan boleh membuatkan rempah menjadi berkulat. Tanda-tanda rempah sudah berkulat adalah berlaku perubahan warna.
Jika anda perasan rempah-rempah tersebut sudah bertukar warna dan tidak beraroma seperti dulu itu bermakna rempah tersebut sudah tidak boleh digunakan. Sebaik-baiknya gunakan rempah serbuk yang sudah dibuka dalam masa 3 bulan walaupun tarikh tamat tempohnya masih lagi lambat. Ini supaya rasa keaslian rempah masih lagi terpelihara
No comments:
Post a Comment